Sunday, March 14, 2010

KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan kaedah perbaiki P&P (Ditulis oleh SYED ISMAIL SYED MUSTAPA, PENDIDIK 2010)

SESEORANG pendidik akan berdepan pelbagai masalah dan isu berkaitan pelajar, sama ada daripada segi masalah sosial, pengajaran dan pembelajaran atau tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan.

Pendidik yang prihatin dengan permasalahan yang dihadapi pelajar mereka perlu melakukan refleksi bagi membuat penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran demi peningkatan pencapaian pelajar dan mengatasi setiap masalah yang timbul. Satu daripada aktiviti penting seseorang individu mengingat kembali pengalaman yang dilalui, memikir-mikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian dinamakan refleksi. Selepas refleksi dilaksanakan, pendidik perlu melakukan Kajian Tindakan bagi mengatasi permasalahan berbangkit.

Menurut (Jamil 2002), budaya penyelidikan dalam kalangan guru yang cuba dipupuk melalui projek Kajian Tindakan adalah kepercayaan dan nilai yang mementingkan kualiti dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, akauntabiliti serta berpegang kepada konsep penambahbaikan berterusan dalam suasana kerja kolaboratif. Guru yang mempunyai budaya penyelidikan adalah guru yang bersikap positif terhadap penyelidikan, celik penyelidikan (research literacy) iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan. Mereka sentiasa melaksanakan Kajian Tindakan sama ada secara individu atau kolaboratif, bersifat kritis, reflektif, bertanggungjawab serta berkongsi pengalaman dan dapatan kajian, melakukan penilaian kendiri serta membabitkan diri dalam penyelesaian masalah dan peningkatan profesionalisme.

LAWATAN SMK TABUAN JAYA, KCH KE SMK DEMAK BARU






YG NI PULAK, LAWATAN PELAJAR2 N GURU2 PKBP SMK TABUAN JAYA, KCH KE SMK DEMAK BARU, SEKOLAHKU..
gambar-gamabr ni anak2 istimewa sebok membuat persiapan dan melayan tetamu yg dtg...betapa anak2 ini boleh melakukan aktiviti sebgitu spt mana anak2 tipikal yg lain...KAU TERISTIMEWA

LAWATAN SMK COCHRANE PERKASA, CHERAS KE SMK DEMAK BARU, KUCHING





Salam....gambar-gambar ni lawatan guru2, ibu bapa dan pelajar khas integrasi SMK Cochrane Perkasa, Cheras Kuala Lumpur ke SMK Demak Baru pada 29 Januari 2010 yg lalu..

PENDIDIK BINA KEBENARAN UNIVERSAL

Petikan daripada Dr. Tajul Ariffin Noordin (Majalah Pendidik Bulan Feb 2010)

MATLAMAT pendidikan yg paling mulia ialah mencari, membina dan memelihara kebenaran universal atau sejagat. Dgn kebenaran universal ini, menemukan, merapat dan mengharmonikan hati seluruh warga dunia. Dgn kebenaran ini, seluruh warga dunia akan dapat hidup degan sejahtera walaupun mempunyai perbezaan sejarah, budaya, tamadun dan gaya hidup. Dgn kebenaran universal, warga dunia dapat hidup menurut rukun fitrah yag diangugerahkan ALLAH S.W.T kepada semua insan. Matlamat mulia inilah yg harus difahami dan diperjuangkan semua pendidik.

MATLUMAT LANJUT, BELEK DAN BACALAH MAJALAH PENDIDIK KELUARAHN FERBRUARI 2010