Sunday, February 28, 2010

TEORI-TEORI BERKAITAN TINGKAH LAKU (oleh Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz (2009),Mengurus Tingkah Laku Pelajar)

Terdapat beberapa teori yang menjelaskan tentang tingkah laku bermasalah pelajar, iaitu:




1. Teori Konflik


Ia bermula drp pandangan asal Karl Marx & diikuti oleh Weber. Teori ini terbahagi kepada 2 iaitu aliran Marx dan aliran Weber. Menurut Marx, konflik bukan semata-mata sebagai satu cara analisis sosiologi tetapi satu cara reformasi sosial. Cara ketegangan yang berpunca daripada ketidaksamaan memberi kesan kepada kestabilan dan perubahan.


Teori ini mengkaji bagaimana hubung kait antara konflik dan perubahan. Ketegangan dan konflik menyumbang kepada perubahan sosial. Perubahan dapat berbentuk revolusi ataupun adaptasi. Sementara itu, menurut George Simmel, konflik ialah sesuatu yang semula jadi dalam masyarakat.


Lewis Coser pula mengatakan konflik dapat mempercepat proses kesetiaan dan kehormonian di dalam kelompok sosial. Brinkerhaff dab White (1989) merumuskan tiga andaian penting dalam konflik iaitu:


i) Konsep dialektik iaitu evolusi bukan proses utama kepada perubahan sosial tetapi konflik yang menghasilkan perubahan sosial.


ii) Penentuan ekonomi iaitu asas kepada perubahan sosial ditentukan oleh faktor-faktor persaingan ekonomi.


iii) Aktiviti sosial iaitu tugas utama analisis sosial adalah kritikan sosial.


Konsep yang diketengahkan oleh Marx Weber pula hampir sama dengan Karl Marx. Beliau dipengaruhi oleh Marx tetapi menolak konsep Marx. Cthnya, menolak konsep materialisme sejarah Marx yang menganggap agama penting sebagai agen perubahan. Beliau tidak bersetuju dengan revolusi dan mengkritik sosialisisme. Beliau mempersoalkan andaian Marx yang mengatakan ciri-ciri semua institusi sosial berpunca oleh faktor ekonomi.


Beliau mengatakan perubahan sosial bukan kerana konflik kelas tetapi pelbagai faktor lain. Menurut pandangan teori ini, masyarakat berada dalam keadaan berubah-ubah, berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing. Kumpulan yang kuat dan lebih berkuasa dapat memaksa kumpulan yang lemah menerima nilai-nilainya. Mengikut teori ini, terdapat tiga perkara penting yang berlaku dalam masyarakat iaitu konflik, perubahan dan paksaan.




2) Teori ekologi manusia


Teori Ekologi Manusia (Bronfenbrenner, 1979), menjelaskan bahawa manusia tidak hidup dalam keadaan vakum yang terpisah daripada sistem dan persekitaran luar. Konteks sistem luar keluarga seperti sistem kejiranan, persekitaran tempat kerja, peraturan dan undang-undang, adat resam dan tatasusila budaya mengikut konteks tempatan mempunyai pengaruh tersendiri dan mampu pula dipengaruhi oleh keluarga.


Teori berhubung keluarga dan perkembangan anak serta dapatan pelbagai kajian terdahulu menyokong kenyataan variabel proses keluarga terutamanya keibubapaan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesejahteraan anak.


Keutuhan dan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh dan implikasi yang unik ke atas kehidupan ahli keluarga dan juga masyarakat. Keluarga yang utuh dan mampu berfungsi dengan berkesan dapat membentuk sifat, tingkah laku dan nilai yang terpuji dalam ahli keluarganya. Fungsi dan kesejahteraan keluarga dapat dicorakkan oleh pelbagai proses yang berlaku dalam ahli keluarga. Contohnya, interaksi antara pasangan hidup mempunyai implikasi kepada kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga dan seterusnya dapat mewujudkan kesejahteraan institusi keluarga itu. Komunikasi yang baik antara ahli keluarga mampu memantapkan dan merapatkan hubungan antara ahli keluarga.


Rumusan dan pelbagai kajian mengenai impak struktur keluarga ke atas kesejahteraan anak menggambarkan konflik perkahwinan yang rendah, sokongan dan pengawasan berterusan oleh ibu bapa dapat membantu kanak-kanak dan remaja mencapai kesejahteraan dari aspek fizikal, psikologi dan sosial. Keluarga yang mengamalkan tingkah laku keibubapaan yang menekankan kawalan-autonomi, skongan dan penglibatan dalam aktiviti anak dilaporkan mempunyai fungsi keluarga yang lebih memberangsangkan (Maznah, 1998).


Untuk keterangan lebih lanjut bagaimana mengurus tingkah laku pelajar, dapatkan bukunya di pasaran.




No comments:

Post a Comment