Sunday, February 28, 2010

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (http://www.spe-ed.net/new.php)


Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik


CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
a. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.


b. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.


c. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

RASIONAL
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.


MATLAMAT
Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.


OBJEKTIF
Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:
1. Menguasai kemahiran komunikasi
2. Menguasai kemahiran bergaul
3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek


SASARAN
Murid-murid terencat akal ringan yang:
Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah
Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Tiada kecacatan fizikal yang teruk
Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk
Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal

Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia

Autisme
Bermasalah komunikasi
Sukakan rutin
Berada di dunia sendiri
Ekolalia
Cederakan diri sendiri
Kompulsif tanpa tahu kesan
Tidak suka bergaul
Tidak ada tentangan mata
Kerencatan bahasa
Masalah kefahaman
Tidak suka disentuh
Bermasalah interaksi sosial
Pergerakan berulang-ulang

Palsi Serebrum
Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan
Masalah pergerakan
Masalah postur
Kekejangan
Pergerakan tidak terkawal
Masalah imbangan badan
Masalah komunikasi
Masalah motor halus/kasar
Masalah tulisan
Masalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa
Kecelaruan pertuturan
Kecelaruan bahasa
Kecelaruan suara
Masalah artikulasi
Masalah kelancaran

Sindrome Down

Gangguan Penumpuan ADHD
Lambat menyiapkan tugasan
Mudah terganggu
Masalah kosentrasi
Masalah mengurus tugasan
Cepat lupa
Impulsif
Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
Memerlukan pengawasan yang lebih
Masalah menunggu giliran

Hiper Aktif
Tidak boleh duduk diam
Impulsif
Tumpuan perhatian singkat
Suka ganggu orang lain
Bermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan Berbakat
Keupayaan umum yang istimewa
Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

DISLEKSIA

Definisi
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)
“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968)
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;
Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan


APA ITU DISLEKSIA
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.


SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia)


JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;


Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik


Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori


Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio


PUNCA-PUNCA DISLEKSIAMengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;


a)Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun


b)Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimumc)


c)Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia


CIRI-CIRI DISLEKSIA -Tanda bagi kanak-kank pra-sekolah
-Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
-Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
-Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
-Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
-Tidak merangkak semasa bayi
-Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
-Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan


Kanak-kanak Sekolah Rendah
6 hingga 9 tahun
-Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
-Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
-Keliru dengan kiri dan kanan
-Tulisan cermin atau terbalik
-9 hingga 12 tahun
-Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
-Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
-Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
-Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
-Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
-Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa


Sekolah Menengah
-Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
-Kesukaran menulis karangan
-Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
-Kesukaran mempelajari bahasa lain
-Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
-Jenis orang yang suka senyap
-Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
-Kurang kemahiran bersosial


MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;


a)Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – nc – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v


b)Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti;
Batu – tuba Gula - lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem cat - cat


c)Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.
Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.


d)Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;
3 – 5 - 8 9 - 6
i)Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah


LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
a) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.

b)Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

c)Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi

d)Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

e)Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

f)Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.

g)Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni

h)Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

i)Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
j)Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai


CEREBRAL PALSY


“CEREBRAL” ialah OTAK“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”
Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

Sebelum Kelahiran
1. Jangkitan dalam rahim
2. ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
3. pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

Semasa Proses Kelahiran
1. Kelahiran tidak cukup bulan
2. kecederaan semasa lahir
3. lemas semasa lahir
4. jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
1. meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
2. Jaundis yang teruk (kemicterus)
3. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.

Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.

Punca-punca :
1. kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
2. perkembangan otak yang tidak normal.
3. rembesan (intraeraneal bleeding).
4. demam kuning.
5. terhentak / terhempas / kejutan.
6. serangan kuman / penyakit.

Tanda-tanda :
1. bayi kelihatan lembik
2. lewat perkembangan
3. menggunakan sebelah tangan (hand preference)
4. masalah menyusu
5. kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas rangsangan
6. refleks primitive yabg kekal
7. sembelit
8. cepat marah

Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy
1. bagi kanak-kanak yang menghidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

Umur
Tahap Perkembangan
0 – 10 bulan
1. kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti meniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan
1. mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun
1. 1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
2. Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku di samping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila dia menarik nafasnya dan menangis, warna di mukanya kembali cerah semula.

8 tahun
1. Belum boleh bercakap
Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :
1. rencatan akal (kurang kecerdasan)
2. kerencatan pertuturan
3. rencatan penglihatan
4. rencatan pendengaran
5. sawan (epilepsy)
6. kecacatan anggota
7. kecacatan gigi
8. masalah mengenai pernafasan
9. masalah mangenai pemakanan
10. masalah untuk buang air besar atau kecil.

Jenis-Jenis Cerebral Palsy
1) Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.

2)Athetoid.- Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.

3) Ataxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan koordinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mendapat keseimbangan postur tersebut.
1. Hypoytonik – otot lembik.
2. Campuran sifat-sifat di atas.

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.
1. Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin.

2. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok.

3. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah.

4. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama. Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secara langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu :
1. Spasticity
2. Athetosis
3. Ataxia

Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.

Cortex atau Lapisan Luar Otak
Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya.Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.

Basal Ganglia
Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu mengorganisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.

Serebelum
Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi pergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang.

Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.
Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daripada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.

Mengesan Kanak-kanak Spastik.
Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :

a)Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk dikeluarkan semula.

b)Masalah pernafasan
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.

c)Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

d)Masalah pertuturan.
Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya.

e)Masalah pendengaran.
Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.

f)Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

g)Reaksi yang tidak normal
Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).
Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.
Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

Program Kanak-kanak Spastik dalam Kelas Pendidikan Khas.

Kelas khas ini diwujudkan sejak tahun 1992. Kelas ini meliputi pelbagai aspek yang bukan berkaitan dengan pelajaran. Kelas ini dinamakan kelas kemahiran yang menempatkan pelajar yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Kelas Pembangunan bagi pelajar berumur dua belas tahun ke atas serta Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun ke atas.
Kanak-kanak dalam kedua-dua kelas Kemahiran dan Pembangunan diberikan latihan fizikal yang berkesan, pembentukkan pemikiran dan kedua-duanya sekali. Mereka ini didedahkan kepada komunikasi antara masyarakat.


7 comments:

  1. saya ingin bertanya, saya mempunyai anak lelaki yg sekarang ini berumur 3 tahun, dia lambat bercakap dah mempunyai ciri2 dyslexia atau hampir sama dengan dyslexia (rhoedesia syndrome) harap ejaan saya betul. apakan ciri2 yg lebih tepat dengan syndrome tersebut. adakah ia sama dengan citi2 dyslexia?

    ReplyDelete
  2. Hi...TQ krn melahirkan blog Pendidikan Khas yg juga telah menjadi sumber rujukan saya :-) ...jom lawati my blog too.. http://www.missezhafirzan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. saya mohon copy and paste sebagai sumber rujukan....

    ReplyDelete
  4. salam sis..saya mohon izin untuk copy sedikit maklumat untuk menyiapkan tugasan saya..syukran

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas info puan ini. saya mohon izin untuk 'quote' tulisan puan dan akan memberikan kredit kepada puan di atas info ini. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Slot Online Gaming - DrmCD
    Slot Online 군포 출장마사지 Gaming. 광주광역 출장샵 Learn how to play, what 용인 출장샵 the casino games mean and what they mean. Find out how 안성 출장샵 to play, 과천 출장마사지 how to win real money, and how to play

    ReplyDelete